Tuesday, May 3, 2011

CIRI-CIRI MATAWANG


Setiap matawang mempunyai ciri-ciri dan sifatnya yang tertentu. Ciri-ciri dan sifat sesuatu matawang itu lazimnya mengikut polisi atau dasar perdagangan negara tersebut. Contoh sifat dan ciri-ciri matawang terhadap pasaran global adalah seperti
berikut:

· GBP : Mesra perdagangan atau business friendly. Sebarang berita berkenaan dengan perkembangan ekonomi seperti Indeks Pengeluaran yang positif akan melonjakkan nilai GBP.

· CHF : Matawang yang selamat dan stabil

· EUR : anti-USD, Bank Pusat Eropah sangat bimbang kekukuhan matawang USD kerana ekonomi Eropah bergantung hampir sepenuhnya kepada eksport.

· JPY : Sedang dalam proses mengurangkan inflasi, pengimport utama minyak dunia; sering juga sengaja dilemahkan untuk mengalakkan industri eksport.

· AUD : Sensitif terhadap harga emas, kerana Australia adalah pengeluar emas kedua terbesar di dunia.

· NZD : Mengikut AUD kerana ekonomi negara New Zealand bergantung kepada keadaan ekonomi Australia.

· CAD : Sensitif terhadap harga minyak mentah dunia kerana Canada adalah pengeksport minyak ke-sembilan terbesar di dunia.

No comments:

Post a Comment