Tuesday, May 3, 2011

PENGENALAN FOREX

Apakah FOREX?

Forex adalah singkatan Bahasa Inggeris bagi FOREIGN EXCHANGE. Orang melayu cakap PERTUKARAN MATAWANG ASING.

Secara ringkas, FOREX adalah pasaran matawang dunia di mana matawang dibeli dan dijual oleh pelabur FOREX dan bank-bank seluruh dunia.

Pasaran FOREX amat berkuasa sehingga dapat menjatuhkan ekonomi sesuatu negara dalam sekelip mata (Contoh di Russia dan Indonesia). Ingatkah anda siapa George Soros? Beliau sangat bijak menggunakan kuasa yang ada pada pasaran forex bagi mendapat keuntungan melebihi USD1 billion dalam sekelip mata sahaja.

Kini, broker forex semakin bertambah banyak dan akibat dari pada saingan broker forex di internet, modal minima membuka akaun telah menjadi serendah USD25 sahaja & anda boleh membuka akaun dan mulakan dagangan (trade).


Forex adalah suatu pelaburan dunia yang terbesar melebihi jumlah dagangan di mana-mana bursa saham dunia. Pasaran forex di buka 24 jam sehari tanpa henti ,5 hari seminggu.

Forex juga adalah merupakan pelaburan utama bagi bank-bank perdagangan utama, bank pusat (central bank dan bank-bank komersial di seluruh dunia.

Dagangan forex adalah dagangan 2 hala. Bermakna, anda boleh mengautkeuntungan semasa aliran pasaran jatuh dan juga naik. Oleh kerana forex diniagakan 2 hala dan jumlah dagangan forex yang tinggi ini, semua orang berpeluang untuk mengaut keuntungan dan kekayaan melaluinya, dengan syarat anda tahu bagaimana caranya.

Hasil gabungan program komputer yang baik, 'skill' dan pengalaman dalam menganalisa pasaran secara fundamental ataupun secara teknikal, anda dengan mudahnya dapat mengaut keuntungan yang banyak disamping dapat meminimakan risiko kerugian.

No comments:

Post a Comment